![]() |
| Roti Puri Pure |
Ok la x suke sangat citer sejarah ni..hehe em..semalam 23/5/2013 nomie 1st time buat roti puri ni. Kenapa nomie tetibe nak buat roti Puri ni? em..sebab, 3 ari lepas tengok Masterchef Selebriti Malaysia 2013 time tema dia 'BREAKFAST'. Than time tu Kenchana Dewi buat roti puri ni untuk sarapan pagi nye. Tapi sayang yang roti puri die x gelembong cam Chef papa Jo buat. S0 tetibe nomie terpikir, mampu x nomie wat cam papa Jo buat.. emmm..itu la al-kisah n0mie dan roti puri bermula.
Tepat kul 2p.m nomie g dapur untuk memulakan keje sbg tukang masak x bertauliah kat dapo tu. Argh...Cuaca time tu sesangat la panas sampai berpuluh-peluh time buat tu... rase macam tgh g bersenam kat dapo tu.. terasa peluh mengalir kat belakang badan,huh nasib dahi x berpelu..kalu x mau masin roti nomie tu kang..huahuahua Finally, kul 4p.m nomie dh siap kan 19 ketul roti puri tu.. berbaloi.. Tapi nomie x de kuah kari or kuah Sardin ke tok cicah-cicah. So ape lg, nomie teruz blander gula jd halus than tabur atas roti tu + de sambal nasi lemak mama gak tuk cicah..
RESEPI ROTI PURI by Miss Nomie
= 1 1/2 cawan tepung gandum
= 1 sudu besar yis mauripan (nomie gne yis laen pon jd)
= 2 sudu besar gula *
= 1 sudu kecil garam *
= 3 sudu besar minyak masak *
= 1/2 cawan air panas *
= 1/2 cawan air sejuk
Cara-cara :-
1) Campurkan tepung dengan yis dan gaul sebati (ketepikan)
2) Campurkan semua bahan bertanda * dan kacau hingga semuanya larut
3) Masukkan adunan bertanda * ke dalam adunan tepung dan yis diselang seli dengan air sejuk
4) Uli bahan hingga jadi doh (tapi nomie wat ikot resepi ni ,doh nomie lembik so nomie tambah tepung sikit2 smpai jadi doh)
5) Rehatkan doh selama 30 minit (nomie tutup ngan kain lembab bg die x kering)
6) Selepas 30 minit,bulatkan doh sebesar bola golf (saiz ikut suka)
7) Canai nipis dan goreng dalam minyak yang panas ( tapi api x nak besar n a tadi goreng satu satu coz senang nk kawal)
p/s: time masak tu simbah2 minyak kat atas doh so doh cepat gelembong..so baru jd
Selamat Mencuba (^___^)
![]() |
| Roti Puri tabur Gula ala~ala d0nut |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan